Ok..boleh saya tahu cikgu load nama murid melalui sistem SMM ke? Jika nama murid di load melalui SMM, cikgu tidak boleh mengubah data murid tersebut setelah dimasukkan ke dalam IES Manager.
Cara alternative yg boleh dilakukan ialah:
1)Tambah nama murid tersebut di dalam kelas menggunakan fungsi butang Import.
Langkah2:
-Utk import, pertama sekali isikan nama,jantina murid tersebut menggunakan template yg disertakan di bawah.Penting diingatkan bahawa remote ID juga perlulah menggunakan remote yang belum di lantik kepada mana2 murid didalam kelas tersebut. Juga untuk Student ID,perlulah ditukarkan kepada yang lain. Ruangan yang lain seperti Group dan Group name perlu di biarkan sebagai "1".
-kemudian setelah selesai,tempate itu perlu di "save as" dalam bentuk .txt atau notepad(Unicode text).
-Buka IES Manager, pergi ke kelas tersebut dan gunakan fungsi butang import utk menambah nama murid tersebut.
-Import template yg telah di save dlm bentuk notepad tadi dan klik "NO" pada kotak soalan yg keluar bertanyakan "click yes as a new class or click no for the new student"
-Dan tukang butang "Import".
PERINGATAN: Perlu diingatkan bahawa nama murid tadi telah menjadi dua. Sistem SMM tidak diolah oleh kami tetapi di beri oleh Kementerian. Jadi kami tiada hak utk mengolah data pada SMM.
Diharap langkah2 ini dapat membantu menyelesaikan masalah cikgu. Terima kasih.
